COOL: GAMBAR DARIPADA MUZIUM ILUSI DI BUSHAN KOREA SELATAN (16GAMBAR)

Nice.

Mike Powell dan Juergen boleh dikatakan sebagai travel bloggers yang menikmati hidup degan cara berpindah daripada satu bandar ke bandar baru sekali dalam masa 3 bulan. Mereka pernah menetap di bandar-bandar seperti Sri Lanka, Palermo, Bolivia dan Buenos Aries.

Gambar-gambar di bawah pula diambil di Muzium Ilusi Bushan, Korea Selatan semasa mereka menetap di sana selama tiga bulan. Muzium ilusi ini terletak di bawah Heosimcheong Spa menyediakan pelbagai kelengkapan dan gambar-gambar menarik untuk para pengunjung. Cool.

READ MORE

COOL: JANKEN-ROBOT YANG TIDAK PERNAH KALAH DALAM PERMAINAN OSOM

Cool.

Janken (rock-paper-scissors) merupakan sebuah robot yang mempunyai 100% kemenangan apabila bermain permainan osom dengan manusia. Ini bermakna robot ini tidak pernah kalah apabila bermain osom bersama manusia. Ianya sedang dibangunkan di Ishikawa Oku Laboratory, Jepun.

Janken disambungkan kepada sebuah kamera high-speed vision yang merakamkan pergerakan tangan manusia dan menghantar isyarat tersebut untuk dikenalpasti oleh robot ini dalam masa 1 milisaat! Ini bermakna, sebelum manusia menghabiskan pergerakannya, robot ini sudah tahu apa yang patut dilakukan untuk menang.

Sebenarnya tujuan robot ini dicipta adalah sebagai kajian dan contoh satu sistem kerjasama antara manusia dan mesin. Mungkin lepas ni, sistem ini akan dimajukan dan diaplikasikan pada teknologi dan penggunaan yang lain. Jangan dijadikan senjata untuk berperang sudah. Mungkin juga ini permulaan kepada pemberontakan robot seperti dalam filem terminator? Imaginasi yang mengarut tapi tidak mustahil berlaku.

READ MORE

KREATIF: BERGAMBAR DI ATAS KANVAS YANG DILUKIS DENGAN KAPUR (7GAMBAR)

Cool.

Mari lihat apabila model bergambar diatas kanvas yang dilukis menggunakan kapur. Gambar-gambar ini sebenarnya merupakan sebuah iklan dan kempen untuk sebuah syarikat penjual pakaian, Allan Solley. Ianya diilhamkan oleh Nithin Rao Kumblekar yang merupakan seorang art director daripada Bangalore, India. Sangat kreatif.







via: coroflot


RARE: KOLEKSI GAMBAR MANUSIA PELIK DARIPADA ABAD KE-19 (10GAMBAR)

Klasik.

Mari lihat koleksi gambar manusia 'istimewa' daripada karnival aneh pada abad ke-19. Ianya ambil oleh seorang jurugambar bernama Charles Eisenmann. Individu-individu dalam gambar tersebut sebenarnya mengalami mutasi genetik dan juga disebabkan penyakit. Sebahagian daripada mereka menyertai karnival ini untuk menyara kehidupan.

READ MORE

AWESOME: HOODIE PRINCESS LEIA YANG COMEL (3GAMBAR)

Cute.

Tempoh hari, blog ini ada paparkan hoodie starwars zip penuh bertemakan beberapa watak-watak daripada Star Wars yang sangat cool. Kali ini giliran hoodie Princess Leia pula.

Ianya boleh dibeli melalui laman Think Geek dengan harga $49.99. Hoodie yang sangat comel ini disertakan sekali dengan rambut 'bun' yang menjadi trademark watak Princess Leia, tidak termasuk robot R2D2 dan model wanita. Hehe.

READ MORE

CUBA TEKA SIAPA LELAKI INI? (6GAMBAR)

Siapakah?

READ MORE

AWESOME: PERMAINAN MONOPOLY VERSI WAR OF WARCFRAFT (5GAMBAR)

Nice.

Dulu blog ini ada paparkan mengenai permainan monopoly versi laman maya. Kali ini, mari lihat pula Monopoly: World of Warcraft Collector's Edition. Ianya boleh dibeli melalui laman Amazon.com

Dengan permainan monopoly versi War of Warcraft ini, anda mungkin boleh menguasai dan memiliki lot tanah di bumi Azeroth. Tapi sayangnya, duit yang digunakan dalam permainan ini adalah duit kertas. Jika gunakan replika duit syiling emas perak dan gangsa, tentunya permainan ini akan lebih awesome.

Inb4, cheat WhosYourDaddy tidak akan berkesan dalam permainan monopoly ini. Lulz.

READ MORE

WIN: RUPA KOSTUM IRONMAN JIKA TONY STARK SUDAH TUA (3GAMBAR)

Cool.

Pernahkan anda terfikir, bagaimanakah nasib hero kegemaran anda apabila sudah tua nanti? Adakah mereka akan retired dan meneruskan hidup dengan tenang atau terus berjuang sehingga mampus?

Di bawah ini adalah ilustrasi Old Iron Man yang dihasilkan oleh Arthur Gimaldinov. Inilah yang dikatakan urat dawai, tulang besi sebenar. Manusia besi dengan perut buncit? Ianya masih sangat bontot jahat! Haha.

READ MORE

COOL: LUKISAN PADA BADAN YANG REALISTIK SEPERTI PHOTOSHOP (10GAMBAR)

Cool dan realistik.

Gambar di bawah bukan hasil daripada sebarang teknik manipulasi gambar atau photoshop. Sebenarnya ianya adalah body art painting yang dihasilkan oleh seorang pelajar universiti dari Jepun, Chooo San. Beliau menggunakan cat acrylic untuk menghasilkan lukisan realistik yang memberi ilusi ini. Sangat mindblowing.

READ MORE

WOW: PENCAKAR LANGIT TERTINGGI DI DUNIA BAKAL DIBINA DALAM MASA 90 HARI (2GAMBAR)

Biar betul?
Sky City bakal menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di dunia apabila siap nanti. Ianya bakal dibina di bandar Changsa wilayah Hunan, China. Pencakar langit ini berketinggian 838 meter tinggi bakal mengatasi ketinggian Burj Khalifa (828 meter) apabila siap nanti.

Lagi mengagumkan, sebuah syarikat daripada China yang dinamakan Broad Sustainable Building (BSB) akan membina menara ini dalam masa 90 hari. Biar betul? Sebenarnya ini mungkin tidak mustahil untuk dilakukan kerana syarikat BSB juga pernah membuat hotel setinggi 30 tingkat dalam masa 15 hari sahaja.

Menurut Syarikat BSB, jika semua berjalan seperti yang dirancang, mereka akan memulakan pembinaan pencakar langit ini pada November 2012 dan dijangka siap pada Januari 2013. Macam masak mee segera. Kita tunggu dan lihat apakah hasilnya nanti.

P/s: Kalau syarikat ini membina Ultima tower, agak-agak berapa lama boleh siap? :>

READ MORE

LULZ: BETAPA SUSAHNYA LAHIR KE DUNIA (KOMIK 18+)

Pengembaraan yang sangat epic.

Entri yang memerlukan otak anda berlari-lari anak untuk mencerna apa yang dipaparkan. Moral of the story, bertapa susahnya lahir dan menjadi seorang insan. Gunakan 'getah' tahan lasak jika anda sedang merancang kerana dalam berjuta, pasti terdapat 'askar' yang gagah perkasa seperti di bawah. Lulz.

via: funnymama


WOW: RESTORAN MCDONALD'S TERBESAR DI DUNIA (8GAMBAR)

Cool.

Mari lihat beberapa gambar daripada restoran McDonald's yang paling besar di dunia. Restoran ini terletak di 200 meter daripada stadium Olimpik utama di Stratford, timur London. Ianya mempunyai keluasan 3000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 1500 tempat duduk untuk pelanggan serta memerlukan sebanyak 500 pekerja dan sebanyak 200 pekerja akan bertugas pada satu shift.

Tertanya-tanya juga, berapa banyakkah lebihan makanan yang akan terbuang daripada restoran ini selama enam minggu acara sukan Olimpik berlangsung.

READ MORE

TIBA2 INFO: IKAN LUMBA-LUMBA BERWARNA PINK (14GAMBAR)

Ikan lumba-lumba berwarna merah jambu ini benar-benar wujud?
Ikan lumba-lumba (dolphin) yang berwarna merah jambu di bawah sebenarnya memang wujud. Ikan lumba-lumba ini adalah daripada spesies Inia geoffrensis merupakan antara spesies ikan lumba-lumba air tawar. Habitat asal mereka ialah di sekitar sungai yang terletak di benua Amerika Selatan, terutamanya sungai Amazon dan Orinoco. Ikan ini juga dikenali sebagai Boutu, Amazon river dolphin dan Pink river dolphin.

Pada usia awal, ikan ini berwarna kelabu dan ianya akan bertukar menjadi warna merah jambu apabila semakin berusia. Setakat ini, saintis masih tidak mengetahui punca sebenar perubahan warna tersebut. Ikan ini merupakan ikan lumba-lumba primitif dan ia sangat jarang melompat dan kurang aktif, tidak seperti ikan lumba-lumba yang tinggal di lautan.

Spesies ikan lumba-lumba ini juga telah dimasukkan dalam senarai spesies terancam oleh IUCN kerana pencemaran sungai dan aktiviti perikanan telah mengancam nyawa ikan lumba-lumba ini dan juga memusnahkan habitat mereka.

READ MORE

UNIK: SELUAR DAN KASUT DALAM SATU (3GAMBAR)

Nice.

Mari lihat Converse Pants yang dihasilkan oleh Sebastian Errazuriz. Ianya adalah sepasang kasut Converse yang bercantum dengan seluar sekali. Mungkin ianya bukan kasut dan seluar yang praktikal, tapi ia tetap idea yang unik dan menarik.

READ MORE

TIBA2 COOL: REKABENTUK TANGGA LIPAT MUDAH DISIMPAN (4GAMBAR)

Genius.

Corner ladder merupakan tangga mudah alih rekaan studio Company & Company yang berpengkalan di Barcelona. Rekabentuk tangga ini membolehkan ianya dilipat sehingga menjadi sebatang tiang. Ini bermakna, ianya menjimatkan ruang penyimpanan. Tangga ini diperbuat daripada kayu untuk mengekalkan bentuk strukturnya. Satu rekabentuk tangga yang praktikal.

READ MORE

COOL: SENI BAYANG-BAYANG OLEH KUMI YAMASHITA (10GAMBAR)

Cool.

Sebelum ini aku ada paparkan beberapa seni bayang-bayang termasuk yang dihasilkan oleh Kumi Yamashita. Jom lihat lagi beberapa hasil seni bayang-bayang oleh karyawan daripada jepun ini. Beliau menggunakan objek-objek biasa serta teknik pencahayaan untuk menghasilkan bentuk bayang-bayang yang sangat kreatif.

READ MORE

WTF: HIBRID KERETA DAN TRAK YANG HODOH (4GAMBAR)

What the..

Kenderaan di bawah adalah gabungan antara sebuah trak daripada tahun 1962 bersama kereta Pontiac Grand Am tahun 1990-an. Ianya dijual melalui laman Craigslist dengan harga $3000. Inilah kenderaan hibrid sebenar dan mungkin juga inilah kenderaan hibrid terhodoh di dunia. Lulz.

READ MORE

WTF: ANJING PALING HODOH DI DUNIA TAHUN 2012 (5GAMBAR)

Pertandingan macam ni pun ada.

Dibawah ini adalah seekor anjing daripada baka Chinese crested yang dinamakan Mugly. Anjing ini telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan anjing paling hodoh di dunia pada tahun 2012 mengalahkan 28 ekor anjing lain dari seluruh dunia.

Pertandingan ini diadakan setiap tahun dan hadiah bagi pemenang ialah wang tunai sebanyak $1000 dan setahun bekalan biskut anjing. Kenyanglah anjing ni makan setahun, boleh ajak jiran-jiran sekali. Hehe.

READ MORE

TIBA2 FOTOGRAFI COOL: SIANG KE MALAM DALAM SATU FOTO (8GAMBAR)

Cool. Mari lihat beberapa gambar daripada siri fotografi Day to Night yang dihasilkan oleh Stephen Wilkes. Layan.

READ MORE

SHITBRIX: BEBERAPA KEK ZOMBIE YANG REALISTIK (8GAMBAR)

Creepy. Mari lihat kek yang menyeramkan untuk dimakan. Ianya dihasilkan oleh Sarah Jones. Sangat realistik.








via: evilcake


SHITBRIX: APAKAH MAKHLUK YANG SANGAT PELIK DAN MENYERAMKAN INI?(9GAMBAR)

Apakah makhluk ini?

Hantu penanggalan? Kalau jumpa benda ni di waktu malam, memang lari lintang pukang la jawabnya. Jangan risau, ianya hanyalah arca haiwan yang di awet oleh Rick Durham dan namakan sebagai Swamp Booger.

Mesti anda tertanya-tanya, haiwan apakah yang mempunyai rupa seperti ini kan? Untuk pengetahuan anda, arca ini diperbuat daripada rusa yang dinamakan White-tailed atau Swamp Bugger. Ianya merupakan arca hibrid yang ditambah mata serta mulut buatan sendiri. Sebenarnya arca ini adalah bontot rusa tersebut. Hmm..bontot rusa memang sangat pelik dan menyeramkan. Haha.

READ MORE

SERIUS: BAPA MENGHERET ANAKNYA DI DALAM BAKUL MENGGUNAKAN MOTORSIKAL (GAMBAR)

Manusia macam ni pun ada.

Kes ini berlainan dengan  ibu yang membawa bayinya lepak di tebing gunung dalam entri sebelum ini. Kali ini tentang seorang bapa mengheret anaknya di dalam bakul yang diikat menggunakan tali dan ditarik oleh motorsikal di tengah-tengah kesibukan lalulintas. Gambar ini dirakamkan oleh seorang individu yang melalui jalan tersebut.

Ianya berlaku di bandar Xi'an yang terletak di wilayah Shaanxi, China. Bandar Xi'an lagi? Baru kelmarin aku paparkan berita lulz daripada bandar tersebut. Macam-macam hal.

via: dailymail


SHITBRIX: IBU PALING BERANI DI DUNIA LEPAK BERSAMA BAYI DITEBING GUNUNG (3GAMBAR)

Like a boss. Haha.

READ MORE

COOL: BASIKAL SEPENUHNYA DIPERBUAT DARIPADA KAYU (5GAMBAR)

Wah basikal kayu.

Splinterbike Quantum direka oleh Michael Thompson merupakan sejenis basikal yang sepenuhnnya diperbuat daripada kayu. Basikal ini mempunyai sebanyak 88 bahagian berasingan yang disambung menggunakan gam. Ini bermakna, ia tidak menggunakan sebarang skru dan bolt.

Tayarnya diperbuat daripada sejenis polimer dan terdapat sebanyak 224 gigi gear diperbuat daripada kayu untuk menggerakkan basikal ini apabila dikayuh. Sangat cool.

READ MORE

COOL: KAKI PALSU DENGAN REKABENTUK UNIK DAN MENARIK (6GAMBAR)

Menarik

Mungkin kehilangan sebelah kaki dan memakai kaki palsu adalah sesuatu pengalaman yang sukar diterima. Tapi ini mungkin akan memberikan semangat dan keyakinan baru kepada pemakai kaki palsu apabila memakai kaki palsu yang direka oleh Bespoke Innovations.

Bespoke Innovations sebenarnya tidak menjual kaki palsu, tetapi mereka menyediakan servis untuk merekabentuk kaki palsu sedia ada kepada sesuatu yang baru mengikut kehendak pelanggan mereka. Di bawah ini adalah beberapa rekabentuk menarik dan unik yang dihasilkan oleh mereka. Sangat cool.







via: buzzfeed


AMAZING: 10 TEMPAT MENAKJUBKAN DI DUNIA

Blog ini suka memaparkan tempat-tempat menarik dari seluruh dunia. Hari ini mari layan 10 tempat menarik secara pukal melalui video di bawah. Enjoy.

READ MORE

LULZ: GABUNGAN ANTARA KUCING DAN NICOLAS CAGE (15GAMBAR)

Apakah sihir ini?

Selepas Nicolas Cage melakonkan kesemua watak dalam filem kini beliau membuat penampilan terkini bersama gabungan paling mantap. Daripada laman tumblr terbaru Nickcagecats, mempersembahkan spesies kucing terpelik di dunia. Sangat mindblwing dan bakal menjadi mimpi ngeri bagi epncinta kucing. Haha.

Inb4: Fake. kena edit ni.

READ MORE

COOL: APABILA SEMUT BERMAIN BOLA (5GAMBAR)

Cool.

Sebelum ini aku ada paparkan beberapa gambar daripada siri fotografi semut yang diambil oleh Andrey Parlov. Kali ini mari lihat pula hasil fotografi terbaru beliau sempena EURO 2012. Untuk yang belum tahu, Andrey Parlov merupakan seorang jurugambar daripada Rusia dan beliau gemar untuk menangkap gambar-gambar semut.

Gambar di bawah bukanlah hasil manipulasi gambar, tetapi gambar semut sebenar dan hidup. Untuk menghasilkan gambar seperti di bawah, beliau perlu menyediakan set pengambaran yang sesuai dan mengawal pergerakan semut menggunakan pelbagai cara. Sudah tentu ia juga memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menunggu dan mengangkap gambar tepat pada masanya.

READ MORE

FAILED: WARTAWAN SALAH ANGGAP SEX TOY SEBAGAI CENDAWAN (GAMBAR & VIDEO)

Hggghhhhhhh Hahaha.

Beberapa penduduk dari kampung Liucunbu yang terletak di kawsan pedalaman barat bandar Xi’an, China telah menemui sejenis cendawan aneh semasa menggali perigi.

Oleh kerana tertany-tanya tentang cendawan yang ditemui, mereka mengambil keputusan untuk memberitahu stesen TV Xi'an dan dengan secepatnya pihak stesen tersebut menghantar Yunfeng Ye, seorang wartawan wanita muda untuk membuat liputan.

Setelah sampai ke lokasi, Yunfeng Ye mula membuat liputan dan menerangkan secara teperinci bentuk fizikal cendawan tersebut. Melalui liputan tersebut, mereka mengatakan bahawa pada hujung tumbuhan tersebut mempunyai sesuatu yang menyerpai mulut dan di hujung yang satu lagi mempunyai lubang yang menghubungkan kedua-duanya. Selain itu, ia sangat licin dan lembut seperti daging berkemungkinan adalah cendawan Taisui yang jarang ditemui.

Namun selepas liputan tersebut habis disiarkan, pihak stesen TV Xi'an mendapat banyak panggilan daripada orang ramai yang mengatakan bahawa cendawan yang ditemui sebenarnya adalah sejenis sex toy untuk kaum lelaki. Sehari selepas itu, Stesen TV Xi'an telah meminta maaf secara rasmi dan kesal dengan kesalahan liputan tersebut.

Satu kesilapan besar dan teramat sadis! Haha. Untuk melihat liputan sebenar, sila layan video di bawah. Sangat Lulz.

inb4, Pentingnya untuk memasukan topik sex toy dalam syllabus utama Pendidikan Seks.

READ MORE

SERANGAN COMEL: KUCING-KUCING ZODIAK (12GAMBAR)

Sangat comel. Neko +1.

Inb4, mempercayai ramalan Zodiak boleh merosakkan aqidah.


READ MORE

AMAZING: TASIK DENGAN AIR BERWARNA PINK DI SENEGAL (8GAMBAR)

Lagi tempat unik yang terdapat di dunia.
Tasik Retba (Retba Lake) juga dikenali sebagai Lac Rose terletak di utara semananjung Cap-Vert, Senegal. Apa yang unik mengenai tasik ini ialah, ianya mempunyai air yang berwarna merah jambu. Merah jambu ini disebabkan tindakbalas cahaya matahari dengan organisma yang dinamakan Dunaliella salina.

Seperti Laut mati, komposisi garam yang tinggi (mencecah 40%) menyebabkan tasik semulajadi ini mudah untuk mengapungkan badan manusia. Nampak macam sedap, sesedap air bandung. Haha. Tapi hakikatnya air tasik ini sangat masin!








via: huffingtonpost