GENIUS: TONG SAMPAH PINTAR MAMPU MENANGKAP SAMPAH YANG DIBUANG

Idea yang menarik.

Smart Trashbox merupakan tong sampah pintar yang mampu untuk menangkap sampah yang dibuang. Tong sampah ini begerak dengan sendirinya apabila mengesan objek yang dibuang atau dilambung ke lantai.

Bunyinya macam senang kan? Tapi sebenarnya, tong sampah ini direka dengan sangat kompleks. Ianya menggunakan litar bersepadu (IC) yang diprogramkan dan disambungkan kepada sebuah Kinect camera untuk mengesan sebarang pergerakan objek dan dimana lokasi ia akan jatuh.

Sila tonton video di bawah untuk melihat proses membuat tong sampah ini dan bagaimana ianya boleh berfungsi. Harap beberapa tahun akan datang, ianya bakal berada di pasaran. Pastinya sangat cool.

READ MORE

KREATIF: ARCA DARIPADA PELBAGAI BARANGAN HARIAN (10GAMBAR)

kreatif.

Mari lihat arca-arca menarik yang diperbuat daripada pelbagai barangan harian. Arca-arca ini dihasilkan oleh karyawan daripada Jepun, Sayaka Ganz.

READ MORE

WIN: KOSTUM PEMBUNUH NAGA YANG BADASS (5GAMBAR)

Cool.

Untuk membunuh naga dan menjadi seorang dragon slayer, perisai adalah satu gagdet yang sangat penting. Ianya perlu kalis api dan diperbuat daripada bahan yang sesuai. Kalau guna logam, ianya merupakan konduktor haba yang baik, kalau guna plastik, cepat cair. Jadi bahan yang terbaik untuk dibuat perisai adalah daripada kulit haiwan.

Mari lihat baju Dragon Slayer Bastion yang diperbuat daripada kulit. Baju perisai ini direka dan dijual melalui kedai maya Epic Leather oleh Nathan Rodriguez dengan harga $3 999.99 USD atau RM 13088.97! Jika anda seorang otaku cosplay yang riak, sila rembat baju perisai ini dengan segera.


READ MORE

RANDOM: NENEK INI TIDAK PERLUKAN PERTOLONGAN

Tolong salah, tak tolong rasa bersalah. Haha.

READ MORE

SADIS: LOGO SAMBUTAN KEMERDEKAAN TAHUN 2012 (GAMBAR)

Bagi aku ini kelihatan sangat sadis. Apa pendapat anda? Nantikan pula lagu tema kemerdekaan tahun ini.

via: jmm.gov.my


GENIUS: TABUNG YANG MEMUPUK SEMANGAT RAJIN MENABUNG (5GAMBAR)

Good idea.

Duell Saving Bank merupakan tabung yang sangat menarik walaupun rekabentuknya sangat ringkas. Tabung yang direka oleh Konstantin Slawinski ini mempunyai dua ruangan untuk menyimpan duit syiling. Ini bermakna, konsep tabung ini sebenarnya 'menabung sambil bersaing'. Ruang tabung yang lebih banyak syiling akan jatuh ke bawah. Siapa menabung lebih banyak, dialah pemenangnya.

Bagi aku, tabung ini lebih sesuai untuk kanak-kanak bagi mempupuk semangat menabung setiap hari. Nanti besar boleh beli banglo dan cincin permata menggunakan duit sendiri. Lulz.

READ MORE

INFO: HARIMAU TASMANIA - HAIWAN YANG TELAH PUPUS (6GAMBAR)

Info ringkas.

Kalau sebelum ini, aku ada paparkan entri haiwan yang telah pupus seawal abad ke-21. Bagaimana pula haiwan yang pupus pada abad ke-20? Di bawah adalah salah satu daripadanya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai Harimau Tasmania (Tasmanian tiger) atau nama saintifiknya Thylacinus cynocephalus. Haiwan ini sebenarnya bukan sejenis harimau, sebenarnya ia adalah sejenis marsupial pemakan daging (karnivor) yang paling besar pernah diketahui pada zaman moden.

Namun sayangnya, haiwan yang pernah mendiami bumi Australia, New Guinea dan Tasmania ini telah dianggap pupus pada tahun 1986, 50 tahun selepas Harimau Tasmania terakhir mati pada tahun 1936 di Tasmania’s Hobart Zoo. Kepupusannya disebabkan oleh pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan juga gamgguan manusia.

Terdapat juga usaha untuk mencari saki baki spesies haiwan ini yang masih hidup di habitat asal, namun sehingga sekarang masih belum ditemui bukti tentang kewujudannya dan yang tingal hanyalah gambar-gambar dan fosil-fosil pada hari ini. Sadis.

READ MORE

HOW TO: MELUKIS DOODLE BATMAN DENGAN CEPAT (GAMBAR)

Kreatif.

Masih ingatkah anda zaman kanan-kanak? Melukis kepala Fido Dido sambil 'menyanyi hujan rintik-rintik, ombak bergelora'? Melukis teddybear sambil menyanyi 'bulatan kecil bulatan besar'? Semuanya step by step. Sangat nostalgic. Haha.

Sempena filem terbaru adiwira Batman, The Dark Knight Rises, mari belajar bagaimana anda boleh melukis Batman dengan cara cepat. Profit? Sekadar untuk membunuh masa. Hehe.

READ MORE

WOW: KONSEP BANDAR DI ATAS AWAN (10GAMBAR)

Cool.

Pada awal Januari lalu, blog ini ada paparkan berberapa artikel mengenai idea super yang dicetuskan oleh manusia di muka bumi ini, antaranya ialah Ultima Tower dan Xseed 4000 dan Space Elavator. Selepas itu, blog ini paparkan pula berita mengenai Sky City yang bakal menjadi struktur tertinggi di dunia pada tahun 2013 dan kalau berita ini benar, ia bakal dibina dalam masa 90 hari sahaja bermula pada November tahun ini. Itupun kalau.

Sekarang mari lihat City in the Sky, satu konsep bandar diatas awan. Ianya diilhamkan oleh Tsvetan Toshkov dan merupakan salah satu konsep daripada projek Megatropolis yang mengumpulkan idea-idea menarik, terutamanya mengenai kehidupan bandar di masa hadapan. Struktur bandar ini diilhamkan daripada bunga teratai kelihatan sangat futuristik dan seperti kota-kota kayangan dan oasis di atas langit. Mengingatkan aku kepada Istana Dewa (Kami Lookout) dalam siri DragonBall.

READ MORE

SHITBRIX: MARI LIHAT IKAN PIRANHA MEMOTONG RANTING KAYU

Ngeri.

Baru-baru ini, di China digemparkan dengan serangan ikan piranha yang menyebabkan dua orang mengalami kecederaan serius setelah diserang oleh ikan pemakan daging tersebut di Sungai Liujiang. Kerajaan tempatan juga kini menawarkan sebayak AS$160 (RM509) untuk setiap ekor ikan piranha yang ditangkap.

Mari lihat sejauh manakah ketajaman gigi ikan ini melalui video di bawah. Seperti kura-kura makan kangkung, seperti Tok Abah makan keropok mony, rangup!

READ MORE

WOW: TOP 10 KERETA TERPANTAS PADA TAHUN 2013 (10GAMBAR)

Vroomm!

Sekarang sudah pertengahan tahun 2012, mungkin para peminat jentera laju sudah tidak sabar-sabar untuk menunggu tahun hadapan. Oleh itu, satu senarai kereta terpantas pada tahun 2013 sudah dikeluarkan oleh laman TotalCarScore.com.

Senarai ini disediakan oleh Karl Brauer, CEO dan ketua editor laman maya tersebut. Senarai ini tidak memasukkan syarikat pembuat kereta yang mempunyai kurang daripada 20 cawangan di seluruh dunia atau menjual kurang daripada 20 model per tahun di seluruh dunia. Berikut adalah senarai kereta terpantas pada tahun 2013 mengikut laman TotalCarScore.com. Layan~

READ MORE

KREATIF: BEG DIPERBUAT DARIPADA DISKET (5GAMBAR)

Nice.

Sebelum ini aku ada paparkan kegunaan lain disket, iaitu menjadi kanvas lukisan oleh Nike Gentry. Kali ini mari lihat pula apabila disket dikitar semula menjadi beg.

Beg yang diperbuat daripada disket di bawah dijual oleh Roxanne Gibson dan boleh dibeli secara online melalui kedai maya GeekkiBoutikki. Siapa sangka disket pun boleh dijadikan beg, idea yang sangat kreatif untuk menghasilkan produk yang sangat unik.

READ MORE

COOL: ARCA ANATOMI BURUNG YANG KREATIF (4GAMBAR)

Kreatif.

Mari lihat arca anatomi burung yang dihasilkan oleh Diana Beltran Herrera. Dia menghasilkan arca ini dengan menggunakan kertas dan juga plastik vinyl. Ini adalah antara arca terbaru yang dihasilkan. Sebelum ini, dia juga pernah menghasilkan pelbagai arca haiwan yang menarik terutamanya arca burung.

READ MORE

KREATIF: MOTORSIKAL MINI YANG COOL DIPERBUAT DARIPADA JAM TANGAN (18GAMBAR)

Cool.

Sebelum ini, aku ada paparkan motorsikal mini yang dihasilkan oleh Dmitry Khristenko. Kali ini mari lihat pula motorsikal mini yang dihasilkan oleh Dan Tanenbaum daripada bahagian jam tangan. Sangat kreatif.

READ MORE

COOL: PERARAKAN ASKAR BELARUS SEPERTI DOMINO

Cool.

Mari lihat persembahan daripada tentera Belarus sempena hari kemerdekaan dan juga meraikan ulangtahun ke-68 pembebasan Belarus daripada penceroboh fasis. Perarakan yang sangat menarik. Harap ATM juga boleh buat perarakan yang lebih gempak pada tahun ini bertepatan dengan tema kemerdekaan tahun ini yang sangat patriotik dari tahun-tahun sebelumnya.

READ MORE

UNIK: BANGUNAN PARKING KERETA MENJADI BUKU GERGASI (7GAMBAR)

Unik.

Dinding sebuah bangunan untuk meletak kereta telah diubah supaya kelihatan seperti buku gergasi. Bangunan ini adalah kawasan meletak kereta perpustakaan Kansas City. Ianya di reka oleh syarikat Dimensional Innovations dan yang menariknya, setiap buku gergasi yang dipaparkan pada bangunan ini sebenarnya adalah hasil undian daripada penduduk tempatan.

READ MORE

SHITBRIX: ARCA PELIK ROSA VERLOOP (4GAMBAR)

Arca pelik.

Jika Rick Durham membuat arca pelik daripada bontot rusa, mari lihat arca yang dihasilkan oleh Lisa Verloop daripada Belanda. Arca ini diperbuat daripada stokin yang digulung. Kelihatan sangat pelik seperti makhluk dengan lipatan lemak. Lulz.


READ MORE

AMAZING: GAMBAR PANORAMA SEBENAR DI PLANET MARIKH DARIPADA NASA (GAMBAR)

Amazing.

Kalau anda perasan, gambar-gambar planet Marikh selalunya dalam resolusi yang kurang memuaskan dan adalakanya gambar yang dilihat adalah rekaan grafik semata-mata. Baru-baru ini, pihak NASA telah mengeluarkan satu gambar panorama daripada planet Marikh.

Ianya diambil oleh Rover Opportunity, iaitu kenderaan robot yang sedang menjalankan misi mengkaji planet Marikh. Gambar ini menggabungkan sebanyak 817 imej yang diambil daripada kamera Rover Opportunity semasa kenderaan ini berada dalam kedudukan statik selama empat bulan untuk menjalankan misi di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, gambar ini sebenarnya tidak memaparkan warna sebenar bagi menunjukkan perbezaan di antara bahan-bahan agar mudah dilihat. Untuk gambar penuh dengan resolusi lebih besar, sila klik di sini. (updated: link untuk gambar penuh sudah dibetulkan.)

Photo credit: NASA/JPL-Caltech/Cornell/Arizona State Univ. via: NASA photojurnal


RANDOM: APABILA KAYU BESBOL VS KAPAK DI RUSSIA

Meanwhile in Russia.

READ MORE

SERANGAN COMEL: APABILA BEBERAPA EKOR BERUANG PANDA BERMAIN PAPAN GELONGSOR

Aww..Super cute!!

READ MORE

MINDBLOWING: ILUSTRASI VOLKOVA YANG PELIK (10GAMBAR)

Mari lihat ilusrasi di bawah yang dihasilkan oleh Valeriya Volkova. Sangat pelik.

READ MORE

WOW: BEBERAPA JAMBATAN MERENTASI LEBUH RAYA UNTUK KEGUNAAN HAIWAN LIAR (12GAMABR)

Info.

Ecoduct, wildlife overpasses dan green bridges adalah perkataan yang digunakan merujuk kepada struktur jambatan yang dibina merentasi lebuh raya. Ia sebenarnya adalah jambatan untuk haiwan liar melintas dengan selamat tanpa sebarang gangguan daripada kenderaan yang melalui lebuh raya tersebut. Boleh dikatakan sebagai jejantas untuk haiwan.

Di Malaysia terdapat juga jambatan seperti ini, tapi ia dibuat untuk memudahkan orang bunian melintas dengan selamat. LULZ.

READ MORE

ILUSI HARI INI: LEE MING JUN DAN SELUAR DALAM (2GAMBAR)

Ilusi yang tidak disengajakan.

Di bawah ini adalah screenshots daripada satu babak dalam filem Big (2012) yang dilakonkan oleh Lee Ming-Jun bergandingan dengan Gong Yoo.Cameraman memang kejam. Haha.

READ MORE

AWESOME: ILUSTRASI THE AVENGERS ZAMAN PERTENGAHAN (9GAMBAR)

Awesome.

Mari lihat bagaimana rupa watak-watak the Avenger bertemakan zaman pertengahan (Medieval). The Medieval Avengers dihasilkan oleh seorang pengguna laman devianART bernama theDURRRRIAN. Durian? Ya sebenarnya penghasil artwork ini adalah seorang pelajar daripada Malaysia. Sangat berbakat.

READ MORE

COOL: LABEL BUNGUKUSAN MERCUN KLASIK DARIPADA CHINA (14GAMBAR)

Cool.

China memang terkenal dengan industri pembuatan mercun. Di bawah ini merupakan beberapa label bungkusan mercun yang klasik daripada China. Ia adalah sebahagian daripada koleksi label bungkusan mercun yang dimiliki oleh Mr. Brick Label. Dia mempunyai lebih daripada 300 koleksi label mercun dan boleh melihat koleksi selebihnya melalui laman flckr Mr Brick Label. Layan.

Inb4, tahun lalu mercun made in China dengan logo patiotik 1Malaysia sangat laris dijual melalui black market. Adakah logo mercun made in China tahun ini pula adalah 'janji ditepati' sempena raya-merdeka? LULZ.

READ MORE

COOL: VENDING MACHINE MENJUAL BENIH TUMBUHAN (6GAMBAR)

Go green.

Seedbomb Machine adalah sebuah vending machine yang menjual benih tumbuhan dengan harga $0.50 setiap satu. Setiap satu Seedbomb yang terdapat dalam mesin ini mengandungi komposisi tanah liat, baja dan juga benih rumput serta bunga. Setelah di beli, Seedboom ini perlu diletakkan dimana-mana kawasan yang sesuai dan ia akan tumbuh secara sendirinya.

Sebenarnya mesin ini adalah sebahagian daripada kempen untuk menghijaukan kawasan bandar dan ianya merupakan idea daripada Green Aid. Idea yang sangat baik untuk mengalakkan orang ramai menanam tumbuhan dan menghijaukan kawasan sekitar.

READ MORE

LULZ: DARI MANA MJOLNIR THOR MENDAPAT BEKALAN KUASA (GAMBAR)

Oh begitu rupanya! Inb4, 9gag.


UNIK: SUSUK TUBUH MANUSIA TERHASIL DARIPADA SUSUNAN KAYU API (5GAMBAR)

Karya unik.

Susuk tubuh manusia yang terhasil daripada longgokan kayu api dalam gambar di bawah adalah dihasilkan oleh oleh karyawan daripada Hungary, Gyula Várnai. Karya ini dinamakan Now I Know. Sangat kreatif dan unik.

READ MORE

KREATIF: INI BUKAN TATU PADA MUKA (5GAMBAR)

Kreatif.

Gambar di bawah bukan hasil manipulasi gambar mahupun tatu sebenar pada muka. Ianya adalah lukisan pada muka yang dihasilkan oleh seorang pelukis daripada China, Pinpin Co.

Dia menggunakan sejenis pen bermata 0.38mm yang berdakwatkan gel dan mengambil lebih kurang 5 jam untuk setiap lukisan pada muka. Walaupun dakwat pen ini tidak kekal, namun ianya sangat realistik seperti tatu sebenar.

READ MORE

COOL: INI MUNGKIN BATU PALING SEDAP DI DUNIA (11GAMBAR)

Yummy.

Mari lihat arca set makanan yang sangat realistik diperbuat daripada batu. Ianya dihasilkan oleh individu disebalik RockFoodTable.com. Mereka mencari batu yang mempunyai bentuk seperti makanan dan setelah mendapat batu tersebut, mereka akan menukarkannya menjadi arca makanan. Hasilnya ialah batu yang kelihatan seperti makanan sebenar. Mungkin sedap mata memandang, tetapi keras untuk dimakan! Haha.

READ MORE

LULZ: CARA MENJADIKAN TUKANG PAIP LEBIH SEKSI (3 GAMBAR)

Genius! Haha.

READ MORE

TIBA2 PRODUK COOL HARI INI: SUIS LAMPU STEAMPUNK YANG KREATIF (8GAMBAR)

Nice.

Suis lampu pada hari ini sangat memboringkan. Mari lihat suis lampu yang sangat kreatif. Suis ini menampilkan ciri-ciri klasik dan steampunk dengan sistem mekanikal yang menarik. Ianya dijual oleh GreenTreeJewelry dan boleh dibeli melalui laman etsy.com. Sangat cool.

READ MORE

UNIK: MEJA MAKAN TERGANTUNG SEPERTI BUAIAN (4GAMBAR)

Unik.

Swing Table adalah sebuah meja makan dengan rekabentuk tergantung seperti buaian. Aku tidak tahu adakan ianya meja yang praktikal untuk digunakan, tetapi ianya memang sebuah perabot yang sangat unik.

READ MORE

SERANGAN COMEL: APABILA BURUNG MEMBULI ANAK-ANAK KUCING

Burung pembuli. Tunggulah hari pembalasan apabila kucing-kucing ni dah besar. Haha.

READ MORE

INFO: PERUBAHAN LOGO MICROSOFT WINDOWS DARI VERSI 1 HINGGA 8 (2GAMBAR)

Info ringkas.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa logo Microsoft Windows yang sebelum ini berwarna merah, hijau, kuning dan biru telah berubah menjadi warna biru pada Windows 8. Sebenarnya logo ini diinspirasikan daripada logo pertama Windows 1.0.

P/s: ini adalah kali pertama aku melihat logo Windows 1.0. Terima kasih internet. Haha.

READ MORE

WIN: CPU KOMPUTER PENGHISAP DARAH (12GAMBAR)

Kreatif.

Sebelum ini, aku ada paparkan casing CPU PC Wall E yang awesome. Sekarang mari lihat pula, casing CPU PC White Silence. Ianya adalah sebuah projek pengubahsuaian terhadap casing CPU PC yang tersangat win dan mungkin diantara casemods paling menarik yang anda pernah lihat. Cecair merah tersebut bukan darah sebenar, tetapi ianya adalah sistem penyejuk PC tersebut. Casemods PC yang sangat kreatif!

READ MORE

TIBA2 INFO: APA ITU NEGARA DUNIA PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA (22GAMBAR)

Info +1.

Tahukah anda mengapa negara-negara di dunia terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu negara dunia pertama, kedua (pernah dengar?) dan ketiga? Pengelasan ini bermula sejak perang dingin (1947–1991) diantara Amerika Syarikat dan sekutunya dengan negara-negara blok komunis. Negara dunia pertama adalah Amerika Syarikat bersama sekutunya (NATO), manakala negara dunia kedua pula adalah negara blok komunis, Soviet Union (Russia), China dan sekutunya.

Negara dunia ketiga adalah negara-negara yang neutral dan berkecuali. Kebanyakan negara dunia ketiga adalah negara yang sedang membangun dan merupakan bekas jajahan imperialis. Sebenarnya negara dunia ketiga juga terbahagi kepada beberapa ketegori seperti negara dunia ketiga dari segi kekebasan politik, pendapatan kasar negara, pembangunan manusia, kebebasan bersuara dan juga tahap kemiskinan.

Namun, sekarang apabila menyebut perkataan 'negara dunia ketiga', persepsi masyarakat menjurus kepada negara yang kurang maju dan miskin terutamanya di Benua Afrika. Mungkin agak janggal untuk mendengar 'negara dunia kedua' kerana perkataan "First World" dan "Third World" kerap digunakan dan pada hari ini, ianya tidak lagi merujuk kepada ideologi politik, tetapi merujuk kepada tahap ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.

P/s: Memes di bawah adalah antara joke, dan sindiran. Sekian.

READ MORE

COOL: LUKISAN SHUPLYAK YANG MENGHASILKAN ILUSI (14GAMBAR)

Ilusi cool untuk hari ini.

Mari lihat lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh Oleg Shuplyak, karyawan daripada Ukraine. Sangat kreatif dan mindblowing.

READ MORE

LULZ: TRUST ME, I AM AN ENGINEER!!

Some lulz. Engineer +1.

READ MORE

WTF: CARA KEJAM UNTUK MENGHALANG PENGEMIS TIDUR BAWAH JAMBATAN (5GAMBAR)

Penyelesaian yang genius?

Kalau sebelum ini, kerajaan Indonesia pernah meletakkan bebola besi di atas landasan kereta api untuk menghalang orang awam menumpang di atas bumbung kereta api. Kali ini di wilayah Guangzhou China pula, kerajaan tempatan membuat duri tajam daripada konkrit untuk mengelakkan para pengemis tidur di bawah jambatan.

Mungkin cara ini hanya dapat menghalau golongan gelendangan ke tempat lain, tapi ianya tidak mungkin menyelesaikan masalah orang gelendangan. Mujurlah di Malaysia, kita mempunyai Anjung Singgah untuk golongan seperti ini berlindung, tetapi sayang ia tidak terdapat di semua bandar utama.





via: dailymail


SADIS: BEBERAPA HAIWAN YANG PUPUS PADA ABAD KE-21 (8GAMBAR)

Info.

Pada 24 Jun 2012 yang lalu adalah hari terakhir bagi spesies Chelonoidis nigra abingdonii atau lebih dikenali sebagai kura-kura Pulau Pinta (Pinta Island tortoise). Kura-kura gergasi yang dinamakan Lonesome George merupakan yang terakhir hidup di dunia dan subspesies kura-kura daripada kepulaluan Galápagos ini dipercayai telah pupus.

Walaupun semasa hayatnya, kura-kura ini cuba dipasangkan dengan kura-kura daripada subspesis lain, namun segala usaha untuk mendapatkan bakanya telah gagal. Pihak IUCN telah menyenaraikan kura-kura ini dalam senarai haiwan yang telah pupus dalam habitat semulajadi.

Sangat sadis kerana baru 12 tahun diawal abad ke-21, sudah terdapat beberapa subspesies haiwan yang dipercayai telah pupus. Di bawah ini adalah diantaranya.

P/s: Javan tiger (Panthera tigris sondaica) dimasukkan dalam senarai haiwan yang telah pupus pada tahun 1994, Pada tahun 2008, Malayan tiger (Panthera tigris jacksoni) pula telah dimasukkan dalam senarai haiwan terancam oleh IUCN. Harap-harap ianya tidak pupus di abad ini.









via: buzzfeed