SAJA2: Blog akan hiatus sebentar.

1. Untuk makluman, blog ini akan berehat sebentar disebabkan masalah yg tidak dapat dielakkan (belasungkawa kerana motherboard pc rosak).

2. Selamat menyambut hari raya dan selamat hari merdeka.

3. Sekian. B-)


SERANGAN COMEL: KUCING DARIPADA GOTHAM CITY (7GAMBAR)

Alolo comel. Two-face versi kucing!

READ MORE

LOL COMIC: ARNAB YANG MALANG (GAMBAR)

Haha.
via: Funny Mama


LELAKI DARI CHINA DAN TANGAN PALSU BUATAN SENDIRI (5GAMBAR)

Tangan bionik!

Sun Jifa kehilangan kedua-dua tangannya apabila bom ikan yang dibuat olehnya meletup secara tiba-tiba. Oleh kerana tidak mampu untuk membeli tangan palsu yang ditawarkan oleh pihak hospital, beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan tangan palsu sendiri daripada besi keluli.

Dalam masa lapan tahun, beberapa prototaip tangan palsu telah dihasilkan dan akhirnya Sun Jifa berjaya memiliki sepasang tangan palsu yang boleh berfungsi Beliau mendakwa bahawa tangan palsu yang dihasilkannya boleh digerakkan dengan menggunakan pergerakan siku.

Walau bagaimanapun, disebabkan tangan palsu ini diperbuat daripada logam, ianya sedikit berat dan akan terasa panas ketika musim panas serta dingin ketika musim sejuk. Namun, Sun Jifa tetap gembira dengan ciptaannya dan bercadang untuk menghasilkan lebih banyak tangan palsu untuk orang yang senasib dengan beliau.

READ MORE

KREATIF: ILUSTRASI COMEL ALANA McCARTHY (10GAMBAR)

Mari lihat ilustrasi yang dihasilkan oleh Alana McCarthy. Sangat comel dan kreatif.

READ MORE

COOL: EPHEMICROPOLIS- BANDARAYA MINI DARIPADA PELURU STAPLER (6GAMBAR)

Bandar besi.

Ephemicropolis merupakan sebuah projek yang dihasilkan oleh Peter Root. Bandaraya mini ini diperbuat sepenuhnya daripada susunan peluru stapler. Dia mengambil masa selama 40 jam untuk membina Ephemicropolis dengan menggunakan sebanyak 100000 peluru stapler dan bangunan pencakar langit tertinggi dalam bandaraya ini adalah setinggi 12 cm. Kelihatan seperti sebuah bandaraya fiksi. Sesuatu yang cool.

READ MORE

INFO: SELAMAT HARI TANGAN KIDAL ANTARABANGSA

Happy International Lefthanders Day.

13 ogos merupakan tarikh yang ditetapkan untuk menyambut International Lefthanders Day pada setiap tahun. Ianya kali pertama diadakan pada 13 Ogos tahun 1976.

Hari ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan kesedaran mengenai ketidakselesaan dan kesukaran pengguna tangan kidal untuk berhadapan dengan dunia yang didominasi oleh pengguna tangan kanan. Untuk pengetahuan anda, populasi pengguna tangan kidal adalah sebanyak 7-10 peratus daripada populasi bumi.

Walaupun mempunyai kehidupan yang normal, adakalanya mereka menjadi mangsa diskriminasi secara sengaja atau tidak sengaja. Seperti contoh, kebanyakan peralatan yang dicipta adalah untuk kegunaan pengguna tangan kanan dan pengguna tangan kidal terpaksa menyesuaikan diri dengan peralatan tersebut.

Dengan wujudnya Hari Tangan Kidal Antarabangsa diharapkan ianya boleh menamatkan diskriminasi ini.

P/s: Terima kasih juga ke atas diskriminasi tersebut kerana orang tangan kidal lebih cenderung menjadi seorang ambidextrous, iaitu orang yang boleh menggunakan kedua-dua tangan dengan cekap dan baik.

via: WSB, wiki


SHITBRIX: LABAH-LABAH TINGGAL SELAMA 3 HARI DI DALAM TELINGA (GAMBAR)

Mimpi ngeri.

Pernahkan anda mengalami pengalaman apabila seekor semut tersesat dan meneroka 'gua' telinga anda secara tidak sengaja? Salah satu petua berkesan untuk menghentikan kesengsaraan ini adalah dengan memasukkan air ke dalam telinga dan tunggu beberapa minit sehingga semut tersebut lemas. No joke. Cara ini memang berkesan.

Lain pula cerita yang berlaku di China, apabila seorang wanita mengadu kerana merasa geli pada bahagian dalam telinga dan apabila dia membuat pemeriksaan di hospital, doktor mendapati sekor labah-labah yang masih hidup! Labah-labah tersebut telah tinggal di dalam telinga wanita tersebut selama tiga hari.

Oleh kerana bimbang untuk mengeluarkan labah-labah tersebut dengan menggunakan peralatan akan menyebabkan ianya masuk lebih jauh ke dalam telinga, doktor hanya memasukkan larutan garam kedalam telinga wanita tersebut dan akhirnya labah-labah tersebut keluar dengan sendirinya.

via: M.I.C Gadget


LULZ: APABILA PENERJUN OLIMPIK MENJADI BULU TANGKIS (14GAMBAR)

Sejak kebelakangan ini, para perserta terjun sering menjadi mangsa photoshop. LULZ.

READ MORE

INFO: SEEKOR CHEETAH MENGALAHKAN REKOD LARIAN USAIN BOLT (GAMBAR)

Jika manusia vs. Haiwan.

Seekor cheetah bernama Sarah dalam gambar di bawah mampu mengalahkan kelajuan Usain Bolt dalam larian 100 meter. Jika dibanding rekod dunia yang dicipta oleh Usain Bolt iaitu 9.58 saat, Sarah menghabiskan larian sejauh 100 meter hanya dalam 5.95 saat!

Ini tidak menghairankan kerana cheetah merupakan haiwan paling laju di darat. Tapi jika dibandingkan kebolehan haiwan dan manusia, haiwan sebenarnya mempunyai kelebihan yang jauh lebih baik daripada manusia, namun yang membezakan dua makhluk ini adalah akal fikiran. Kalau haiwan mempunyai akal fikiran, mungkin manusia akan pupus hari ini. Kalaulah. :>

Inb4, Usain Bolt vs Cheetah, Usain Bolt makan asap. LULZ.

via: National Geographic


TIBA2 COOL: EVOLUSI KERETA SKYLINE DARI 1957-2012 (GAMBAR)

Cool.

Untuk melihat resolusi gambar sebenar, sila klik di sini dan zoom. Enjoy.

via: Imgur


LULZ: IKLAN MINUMAN YANG MENGGELETEK USUS

Haha. Win, totally win! Big Shake satu!

READ MORE

AMAZING: SIRI FOTOGRAFI MATA HAIWAN DARI JARAK DEKAT (19GAMBAR)

Dari mata turun ke hati.

Mari layan siri fotografi mata haiwan secara jarak dekat milik Suren Manvelyan. Sangat menakjubkan apabila memerhatikan setiap mata milik haiwan-haiwan ini. Seperti mata manusia, setiap mata haiwan ini juga mempunyai ciri-ciri dan variasi yang unik. Layan~

Buaya Caiman

READ MORE

WIN: ILUSTRASI TIPIKAL RESEPI FILEM YANG KREATIF (6GAMBAR)

Win.

Jika anda perasan, setiap genre filem mempunyai resepi dan jalan cerita yang hampir sama. Cuma yang membezakannya mungkin dari segi watak, skrip dan babak dalam filem tersebut.

Apakah resepi yang dimaksudkan? Seperti contoh, yang baik pasti akan menang, jahat pasti kalah. Hero selalunya tidak mempunyai ibubapa, hero dan heroin selalunya akan selamat dan bla..bla..etc. Itupun terpulang kepada genre filem tersebut. Yang pasti Ultraman dan Power Rangers pasti akan menang walaupun dah nyawa-nyawa ikan. LOL.

Di bawah ini adalah contoh tipikal resepi filem yang biasanya digunakan sama ada ianya adalah kebetulan atau tidak. Haha. Ilustrasi di bawah dihasilkan oleh Alvaro Naddeo daripada syarikat pengiklanan Wing untuk New York International Latino Film Festival. Sangat Kreatif.

READ MORE

LULZ: APABILA GORILLA BREAK DANCE

Lulz. Video yang akan menceriakan hari anda.

READ MORE

AWESOME: SET CATUR STAR WARS DARIPADA LEGO (9GAMBAR)

Awesome.

Sebelum ini aku ada paparkan set catur Alien Vs. Predator dan juga koleksi-koleksi unik set catur. Mari lihat pula set catur Star Wars yang dihasilkan oleh Brandon Griffith. Setakat ini, beliau telah menghasilkan tiga versi set catur bertemakan Star Wars dan kesemuanya diperbuat daripada lego. Sangat kreatif.

READ MORE

COOL: REKA BENTUK BASIKAL KAYU YANG UNIK (6GAMBAR)

Cool.

Tempoh hari, blog ini ada paparkan basikal yang sepenuhnya diperbuat daripada kayu. Kali ini mari lihat pula basikal direka oleh Bill Holloway dan Mauro Hernandez dari San Jose. Woodbicycles adalah basikal-basikal yang mempunyai rangka kayu unik dan berukir. Reka bentuk basikal yang kreatif dan kelihatan lebih menarik daripada basikal-basikal diperbuat daripada logam.

READ MORE