TIBA2 INFO: ALAF KELIMA KAUM MAYA (4GAMBAR)

Hari jumaat yang indah.

Tahukah anda bahawa jangka masa seribu tahun dipanggil millennium iaitu bermaksud alaf dalam bahasa melayu. Perkataan alaf ini pula di ambil daripada bahasa arab. Jika mengikut kalendar Gregorian yang digunapakai sekarang, kita hidup di awal alaf ketiga. Ini bermakna, pada tahun 2000 yang lalu, kita telah menyambut alaf kedua dalam kalendar Gregorian.

Pada hari ini, 21 December 2012 merupakan alaf baru bagi kaum Maya yang merupakan alaf kelima (Fifth millennium) mengikut kalendar mereka. Ini berdasarkan penemuan kalendar bulan kuno kaum Maya yang ditemui di XultĂșn, satu kawasan runtuhan kota tamadun Maya.

Sebenarnya kaum Maya tidak pupus bersama tamadun mereka, kaum Maya masih wujud sehingga sekarang dan dianggarkan populasi mereka hampir mencecah 7 juta pada hari ini. Populasi kaum maya ini boleh dijumpai di beberapa negara seperti El Salvador, Mexico, Guatemala, Belize, Honduras dan negara sekitarnya.

Di bawah merupakan beberapa gambar kaum maya pada tahun ini meraikan era baru mengikut kalendar mereka.

Mayan priests in Guatemala welcome the new 5,000-year celestial period with calm prayer. Image by Moises Castillo / AP.

Guatemalan dancers perform a purification ritual. Image by ORLANDO SIERRA/AFP / Getty Images.

 Cubans welcomed the end of the 5,000-year cycle last week. Image by Ramon Espinosa / AP.

Bolivians celebrate the end of an era and the beginning of a new one. Image by Gaston Brito / Reuters.

Via: Buzz Feed, Wiki 1, 2, 3


TIBA2 KONSEP: SELAK PINTU DENGAN ENGSEL 45° YANG GENIUS (3GAMBAR)

Genius!

Selak pintu (latch) berserta mangga (padlock) merupakan item tambahan untuk mengurangkan lagi risiko pecah pintu terutamanya bagi yang tinggal di hostel. Selak pintu yang ada di pasaran setakat ini mempunyai ciri yang sama iaitu mempunyai engsel 90°. Ini bermakna, selak pintu yang tidak dilipat dengan baik akan cepat rosak dan boleh mendatangkan kecederaan.

Dengan adanya konsep selak pintu dengan engsel 45° seperti di bawah, selak pintu akan sentiasa tersembunyi dan tersimpan kemas disebalik pintu apabila tidak digunakan. Idea yang sangat bagus. Jangan terkejut kerana idea seringkas ini memerlukan 10 orang untuk menghasilkannya, iaitu Liu Xiangyu, Prof. He Xiaoyou, Ma Xiaodong, Geng Tao, Tang Xiaobo, Yu Lu, Zhang Ye, He Fang, Han Ya dan Tang Hui. Wah ramainya! Tapi memang berbaloi idea yang dihasilkan oleh mereka ini.

READ MORE

TIBA2 COOL: HELMET KNIGHT YANG DIKAIT (6GAMBAR)

Nice.

Pada zaman dahulu, memakai helmet knight (kesatria) yang diperbuat daripada bahan logam adalah sangat cool dan gagah. Mungkin pada hari ini, memakai helmet logam sudah tidak kelihatan cool untuk bersiar-siar mahupun bertempiaran di shoping mall yang berdekatan.

Jadi mari lihat helmet knight yang dikait dan dianyam daripada benang renda. Hasil kreatif ini boleh didapati daripada laman maya Etsy, Cutecraftycrochet dan HattieHooker.

READ MORE

TIBA2 SADIS: APA SUDAH JADI DENGAN RUMAH DI TENGAH LEBUH RAYA (GAMBAR)

Akhirnya.

Masih ingat lagi rumah di tengah lebuh raya pada entri yang lalu? Akhirnya telah dirobohkan. Sekurang-kurangnya tuan rumah tersebut sudah menyiapkan rumah yang baru.

READ MORE