TIBA2 INFO: UPACARA DI SENGAT SEMUT SEBELUM MENJADI LELAKI DEWASA (GAMBAR)

Pain.

Tahukah anda? Semut peluru (bullet ants) merupakan serangga yang mempunyai sengatan paling menyakitkan mengikut Schmidt Sting Pain Index. Blog ini pernah memaparka 10 serangga paling menyakitkan mengikut indeks tersebut.

Puak Satere-Mawe merupakan salah satu puak yang menghuni hutan Amazon. Bagi puak ini, anda tidak menjadi seorang lelaki dewasa sebelum anda disengat oleh semut peluru dalam sebuah upacara. Dalam upacara ini, remaja lalaki yang bakal menginjak dewasa akan dipakaikan sarung tangan yang diletakkan sekumpulan semut peluru. Semut-semut ini telah dipengsankan terlebih dahulu menggunakan sejenis herba dan apabila semut ini mulai sedar, ianya akan menjadi lebih agresif disebabkan terperangkap dalam sarung tangan tersebut.

Sarung tangan ini akan dipakai selama hampir 10 minit sambil menjalankan upacara ritual puak tersebut dan selepas sarung tangan dibuka, kesan sengatan akan mulai dirasai oleh si pemakai. Jika si pemakai sarung tangan menangis semasa upacara dijalankan, upacara ini akan dibuat berulang kali dan adakalanya ianya dibuat sehingga 20 kali untuk membuktikan bahawa mereka sudah menjadi lalaki sejati.


Via: OddityCentral Img. credit: Oti the Lis

Posted by dari tadi On 1/31/2013 09:24:00 PM1 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

1 comment:

  1. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete