TIBA2 CUTE: OLINGUITO - SPESIES MAMALIA TERBARU DIKENAL PASTI (3GAMBAR)

Mari lihat spesies mamalia terbaru yang dikenal pasti di benua Amerika selepas 35 tahun!

Pada tahun 2006, Kristofer Helgen, seorang kurator di Smithsonian National Museum of Natural History telah menengenalpasti satu spesies haiwan yang hampir sama dengan spesies Olingo semasa melakukan ekspedisi di hutan simpan Otonga yang terletak di bahagian barat banjaran Andes. Setelah melakukan kajian beberapa tahun, Pada 15 ogos 2013, beliau akhirnya mengumumkan penemuan spesies haiwan mamalia terbaru yang dinamakan sebagai Olinguito.

Yang menariknya, pada tahun 1967-1976, terdapat seekor Olingo yang dinamakan Ringerl seringkali dipindahkan dari satu zoo ke zoo yang lain untuk tujuan pembiakan, namun tidak berjaya. Setelah penemuan oleh Kristofer Helgen, akhirnya dapat menjelaskan kenapa Ringerl tidak dapat membiak bersama olingo yang lain. Ringerl sebenarnya adalah daripada spesies Olinguito. Akhirnya misteri selesai. Ringerl kedapatan menyamar. Haha.



Photos credit: Mark Gurney/Smithsonian Institute Via: CBS

Posted by dari tadi On 8/16/2013 09:13:00 AM0 komen
Reactions:
Tiba2 Hot Tips: Bagaimana memberi hadiah unik untuk orang tersayang
Blog Widget by LinkWithin

0 komen:

Post a Comment