TIBA2 COOL: POTRET GEOMETRI MENGGUNAKAN PITA PELEKAT (10GAMBAR)

Cool!

No Curves adalah karyawan kelahiran Italy yang terkenal dengan kerja seni beliau yang berasaskan geometri. Top of the Line adalah siri potret yang dihasilkan menggunakan pita pelekat. Karya ini telah dipamerkan di Avantgarden Gallery di Milan beberapa bulan yang lalu.

Sangat teliti dan kreatif. Kalau potret ini di buat design baju pun nampak menarik!

READ MORE

TIBA2 CUTE: OLINGUITO - SPESIES MAMALIA TERBARU DIKENAL PASTI (3GAMBAR)

Mari lihat spesies mamalia terbaru yang dikenal pasti di benua Amerika selepas 35 tahun!

Pada tahun 2006, Kristofer Helgen, seorang kurator di Smithsonian National Museum of Natural History telah menengenalpasti satu spesies haiwan yang hampir sama dengan spesies Olingo semasa melakukan ekspedisi di hutan simpan Otonga yang terletak di bahagian barat banjaran Andes. Setelah melakukan kajian beberapa tahun, Pada 15 ogos 2013, beliau akhirnya mengumumkan penemuan spesies haiwan mamalia terbaru yang dinamakan sebagai Olinguito.

Yang menariknya, pada tahun 1967-1976, terdapat seekor Olingo yang dinamakan Ringerl seringkali dipindahkan dari satu zoo ke zoo yang lain untuk tujuan pembiakan, namun tidak berjaya. Setelah penemuan oleh Kristofer Helgen, akhirnya dapat menjelaskan kenapa Ringerl tidak dapat membiak bersama olingo yang lain. Ringerl sebenarnya adalah daripada spesies Olinguito. Akhirnya misteri selesai. Ringerl kedapatan menyamar. Haha.

READ MORE

TIBA2 TECH: PRINTER MESRA ALAM DAN PENGGUNA OLEH SAMSUNG (2GAMBAR)

Idea yang menarik.

Pihak Samsung dikatakan telah mengeluarkan 3 jenis prototaip printer yang dikenali sebagai Origami, Clip dan Mate. Printer ini lebih memfokuskan kepada rekabentuk luaran yang lebih mesra alam dan mesra pengguna.

Origami merupakan printer yang didatangkan dengan rekabentuk luaran yang diperbuat daripada kadbod. Clip pula direka daripada sekeping plastik dan ianya dipasang tanpa skru, manakala Mate pula lebih memfokuskan kepada warna rekabentuk luaran yang boleh diubah mengikut citarasa pengguna. Mari lihat ketiga-tiga prototaip printer ini dalam video di bawah.


READ MORE

TIBA2 MINDBLOWING: APABILA HAIWAN MENJADI MANUSIA (16GAMBAR)

Haiwan jadian!

Segundas Pieles (Second Skin) adalah hasil manipulasi gambar oleh photographer yang berpengkalan di Madrid, Miguel Vallinas. Manakah satukah haiwan pilihan anda? Bagi aku, ayam jantan adalah yang paling cool. Haha.

READ MORE